Wednesday, November 18, 2009

JEMPUTAN KE FORUM SENI



Anda semua diundang ke forum yang diatur sempena pameran solo Raja Shahriman "Rythms of the 21st Century" yang bertajuk
"SENI ARCA DARI KACAMATA SOSIAL, BUDAYA & AGAMA"

21 November 2009 (Sabtu), 3.00-5.00 petang
Galeri PETRONAS, KLCC

Ahli Panel:

1. TENGKU SABRI TENGKU IBRAHIM
Pengarca/Pensyarah Multimedia University

2. MAD ANUAR
Pengarca

3. RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN
Pengarca

4. FATHI ARIS
Pengkritik Budaya/Editor Malaysiakini

5. USTAZ MOHAMAD NAJIB BIN ABDULLAH
Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)
Universiti Sains Islam Malaysia


Moderator:
NUR HANIM MOHAMED KHAIRUDDIN
Pekerja Seni

Sunday, November 15, 2009

SENSASI!! TAF Project



Pyanhabib buat kali kedua pada tahun ini menyatakan rasa kasih sayangnya kepada brader Zambry. Terima kasih terkejut kami kerana YB sudi menaja nasi ganja untuk para seniman dan krew TAF :D

Foto Eksklusif TAF Project ini ditaja oleh Ise dari Parkingproject

More on NASI GANJA

Wednesday, November 4, 2009

TAF - fun(d) raising


Wah. Pejam celik pejam celik dah dekat 3 minggu rupanya tak dikemaskini blog ini. Pantas sungguh masa melintas. Aku rasa malas pula menyambung siri kembara Jepun itu.. kerana ada perkara yang lebih utama yang mahu aku kongsi dengan pembaca.

Jumaat lalu, aku dan Kamal Sabran mengambil keputusan untuk meneruskan projek khas untuk teman kami Amirul Fakir, yang sedang diuji dengan sakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Cadangan ini sudah lama dicetuskan Meor Yusof Aziddin, penyanyi folk yang sedang meletop itu, tapi oleh kerana ada sahaja aral yang melintang pukang..maka tertangguhlah ia. Kami memanggil projek ini ‘TAF Project’. Untuk yang ‘tough’ sahaja ☺

Amirul sudah menderita sejak April tahun lalu, hanya kira-kira dua minggu setelah pelancaran kumpulan cerpen pertamanya yang bertajuk Mea Culpa. Beliau kini menjalani rawatan secara tradisional setelah dicadang sendiri oleh pakar perubatan moden. Misteri ini hanya milikNya.

Bagi yang tidak mengenali Amirul, dia adalah seorang penyair dan penulis berbakat yang begitu intens corak karyanya. Sering menyokong acara-acara seni anjuran YKP dan selalu melepak dengan kawan-kawan yang datang dari latarbelakang seni yang berbeza – pelukis, pemuzik, pembikin filem..Jadi Amirul ini tidak hanya selesa bersidai dengan kelompok sastera semata-mata. Dan mungkin kerana itu juga, dalam masa hanya beberapa hari penganjuran projek ini, telah begitu banyak sokongan yang diterima dari handai taulan seniman.

Semoga penjanaan Tabung Amirul Fakir (TAF) ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung Amirul. Dan yang penting, inisiatif ini paling tidak dapat menyuntik semangat untuk beliau terus kuat menempuh dugaan ini. Sama-sama kita doakan supaya dia cepat kembali ke gelanggang kreatif, mampu bergiat aktif dan menulis lagi untuk seni dan budaya.

Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua yang terlibat dari segi persembahan, penajaan, sumbangan tenaga dan sokongan moral untuk program ini. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

Bagi anda yang ada kelapangan, jemputlah ke acara TAF. Sumbangan anda diperlukan.

Nota tambahan:
Pada semua pembaca muslimin yang berupaya pada dua malam Jumaat ini, mohon sedekahkan bacaan Yassin atau Al-Fatihah kepada Amiruddin Hussin aka Amirul Fakir supaya beliau segera sembuh dan semoga acara TAF Project berjalan lancar. TK.

Friday, October 16, 2009

Japan Attack Special Report Part 1


Otaward, pusat komuniti di Omori

Akhirnya baru aku ada ‘feel’ untuk mengemaskini blog ini. Pulang dari Jepun sudah kira-kira 5 hari tapi biasalah, banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan dulu. Itu belum termasuk mengelolakan instalasi baju-baju tak berlipat yang disediakan oleh anak-anak sempena menyambut kepulangan mama mereka ni. Adoilah..

Anyway, trip aku ke Jepun kali ni memang awesome. My first trip to Japan was like 20 years ago. Trip 3 hari dengan famili. Jadi lainlah agendanya. Lebih banyak lokasi pelancongan seperti Tokyo Tower, Temple apakenama dan Japanese Garden yang kami lawati. Kali ini, lebih banyak hal arty-farty lah. Lebih banyak rapport dijalin dengan kenalan baru – artists, curators, directors, lecturers. Kembara senilah katakan..

Berikut sedikit sebanyak laporan rentetan peristiwa yang boleh aku kongsi:

27 Sept. 09
Aku dan Kamal Sabran berangkat dari Ipoh jam 2 petang. Berat juga hati kami kerana tak sempat nak beraya sakan tahun ni!.. Bas tiba di KLIA jam 5 petang. Lepak dan merancang apa yang patut ditunjukkan di sana. Ise sempat menjenguk dan beri crash-course tentang Tokyo sebelum kami check-in jam 9.30 malam. Kami termasuk Masnoor Ramli MATAHATI dan Kok Siew Wai dari MMU terbang jam 10.50 malam dengan Japan Airlines.

28 Sept. 09
Tiba di lapangan terbang Narita kira-kira 6.45 pagi waktu Jepun. Sementara menunggu urusetia yang tersilap info untuk mengambil kami jam 8 pagi, Masnoor dan Kamal telah ditahan pegawai polis kerana kelihatan mencurigakan. Seorang gondrong, seorang berjanggut kambing gurun sedang kehulu kehilir airport. Hehe. Semuanya selesai bila kami tunjukkan flyer program dengan aksi gedik kami terpampang, mewakili seniman Malaysia. Pegawai-pegawai tersebut terus teruja dan mula membongkok tanda hormat. agaknya dekat 10 kali (Masa tu, rasa macam hebat bebenor le jadi artist ni) ☺

Seorang gadis genit, Chiori bersama teman penterjemahnya yang fasih berbahasa Inggeris menjemput kami jam 8 pagi. Kami menaiki dan bertukar-tukar tren subway hampir 2 jam dan sampai di Akasaka untuk check in di apartmen Weekly Mansion Tokyo. Beg ditinggalkan di kaunter kerana kami hanya dapat masuk bilik jam 4 petang, terus dibawa makan dan bergerak lagi ke daerah Omori untuk meneruskan program bengkel. Waagghh..mereka benar-benar seperti robot.Tak kasi chan lansung!

Di Otaward, sebuah pusat komuniti Omori, kami bertemu Sharon Chin yang sudah pun menjalankan tugas menjadi fasilitator bengkel strolling. ‘Strolling’ merupakan aktiviti jalan-jalan dan santai-santai bersama peserta di sekitar Omori, sambil mengumpul data (video/stills) berlandaskan tema yang diberi fasilitator. Kami seterusnya dibawa melawat sebuah kilang besi dan diberi penerangan tentang sejarah serta perkembangan industri tersebut di situ.


29 & 30 Sept. 09
Aku hanya memerap di bilik mengendurkan otot-otot regang sambil buat persediaan untuk presentation. Lagipun aku memang dari awal tidak menjanjikan untuk terlibat dalam aktiviti strolling. Bila agak bosan, aku hanya ‘strolling’ sendiri-sendiri, merayau-rayau di sekitar Akasaka dan ke cold strorage membeli apa-apa yang patut.

1 Oct. 09
Oleh kerana bahan presentation telah siap, hari ini aku memutuskan untuk ikut yang lain ke Omori buat kali terakhir. Setiap peserta menulis perkataan atau ayat di atas kertas. Kertas-kertas ini kemudian kembali dipilih secara random oleh peserta. Berdasarkan tema atau ayat tersebut, kami harus merekod aktiviti mahupun subjek yang berkaitan samaada dalam bentuk video mahupun fotografi. Kesemuanya nanti dicantum menjadi seakan naratif yang menarik. Pembentangan, kritikan dan diskusi dibuat di Bilik Syarahan, Nippon Engineering College.

Apa relevennya lawatan serta bengkel dijalankan di Omori? Nanti aku cerita lah dalam bab-bab sensasi.

Tuesday, September 29, 2009

JAPAN ATTACK



Lima pelukis Maresia kini di Tokyo untuk program video art exchange. Kecuali Sharon Chin yang tiba 2 hari awal, aku, Kamal Sabran, Kok Siew Wai dan Masnoor Ramli tiba subuh 28 Sept. dan terus dibawa ke Otaro Ward, sebuah pusat komuniti untuk sesi bengkel yang diatur. Kami terus bekerja dan berbincang hingga check-in hotel pun hampir 12 malam. Penat gile. 2hb aku dan Sharon diminta buat pembentangan di Nipon University Film Department.Nanti bila ada kesempatan akanku update ler entri ini. Hait!

Saturday, September 12, 2009

'LUMPUR' - filem pendek Kamal Sabran



Sebakul tahniah untuk Kamal Sabran. Dan sepinggan nasik ganja untuk hero utamanya, brader Pyanhabib. Gua salah sorang research advisor untuk projek ini. Bangga amat orang Perock weh! ;)


Review filem pendek terhangat!

Sunday, September 6, 2009

Selamat berSENDAWA!




SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA BLOG SENDAWA...BURRPPP..ALHAMDULILLAH

Friday, September 4, 2009

Lolongkan Bundle itu


Hoodie Keith Haring. Simbol yang sama diguna oleh Buden di dalam karyanya "Etong Mula Mahu Berbicara"

Selamat berpuasa kepada blogger-blogger yang berpuasa. Bulan puasa begini, biasalah waktu bagiku seakan terlalu padat. Lepas berbuka sibuk tarawikh, lepas tu…sahur, lepas tu…masak, lepas tu…buka balik. Tinggal le beberapa jam untuk konsentret buat kerja. Mana nak berblogging lagi, mana nak berfesbuk lagi..oh ya akaun myspace aku pun tak lama lagi akan diRIPkan. Tak ada masa gue nak melayannya dah.

Dalam aku dok mengemaskini fail-fail di laptop, terjumpa pulak teks sajak psiko yang aku karang kira-kira 7 tahun dulu. Waktu itu masih di usia ‘blooming’, mungkin tahap adrenalin masih memuncak..lantas keluarlah bait-bait radikal yang kini aku pun tak sanggup membacanya hehe insyaallah akan cuba terbit secara sendiri sajak panjang bertajuk ‘Lolong’ ini..(after Howl oleh Ginsberg) dengan lebih sempurna. Dulu cuma mampu xerox dan diedar kepada kenalan rapat. Di dalamnya nanti terdapat lakaran-lakaran oleh beberapa pelukis seperti Bayu Utomo, Hamir Soib, Masnoor Ramli, Nur Hanim, Paiman, Majidi dll

Di bawah ini sebahagian darinya sebagai ‘teaser’ ;)

Yang terkedu ceria dengan wajah-wajah muram murung, melepakkan hiduprayau di sepanjang kakilima kotor dan mengira detik-detik senggang di gudang-gudang sergam: konglomerat milik asing yang mengabdikan jasad anak bangsa dan pojok-pojok konsumerisme yang mengumpan hangus poket;
kasta median dan kelas bawah yang zenofobik dengan pakaian BUNDLE bertampal-tampalan—kata demi kata angka demi angka disungging pada kotak flanel, simbol abstrak dan imej realis dicacah pada satah kreatif yang anarkistik dan ironik menyeranah etika bangsa—
dan mereka mundar-mandir menyuntik masa-masa luang di aspal-aspal berdebu pinggir kompleks dan megamall dengan picagari khayal tumpul mata berkarat merenung wajah-wajah siapa yang berbaris dengan kerut tongong meragas tangga eskalator dan lif eksotika demi menggadai keringat pada konsumerisme kapitalistik;


Hmm..bercakap tentang baju bundle, ramai nampaknya geng artist yang mula mengumpul t-shirt seni. Mungkin pada sesetengah orang, konsumsi barang-barang bundle dianggap low-class. Tapi aiman tak kesah. Sebab sejak zaman aku remaja di London dulu pun trend bershopping di Sue Ryder, Oxfam dan thieves-market bagi yang marhain itu perkara biasa. Keluar masuk Harrods setakat beli suratkhabar boleh lah hehe

T-shirt impot yang menjadi kegilaan ramai kolektor adalah dari artis seperti Basquait, Keith Haring, Andy Warhol, Roy Lischenstein, Barbara Kruger dll. Baju-baju ini ada yang untuk dipakai. Ada yang sayang untuk dilusuhkan lagi, jadi sekadar disimpan sebagai hobi. Bagi bundle addict, tentu setuju detik paling bahagia dan klimaks adalah apabila terjumpa sendiri baju idaman ketika memilih di kedai bundle atau pasar malam pada harga yang sangat murah! Aktiviti ini memerlukan daya kesabaran yang kuat. Kini, aku amat jarang ke kedai, tetapi membeli secara online. Walaupun harganya lebih mahal, aku tidak perlu membuang masa menyelongkar timbunan bundle lagi. Sekali sekala datang kemaruk, baru lah aku cari masa untuk membelek-belek di kedai.

Di Malaysia, beberapa pelukis pernah mengeluarkan produk t-shirt sendiri. Antaranya seperti Hamir Soib, Amir Zainorin, Hoy Cheong, Mark Teh dan Jeri Azhari. Bukan untuk buat harta melalui estet produk, tetapi lebih kepada melolongkan kenyataan seni mereka. ‘Wearable art’ ini sememangnya satu cabang seni awam/publik kerana boleh dipertontonkan di dalam lingkungan yang lebih awam dan luas. Bayangkan karya anda samaada visual mahupun teks dijaja ke sana kemari di dada pemakainya. Tak perlu galeri dan majlis untuk pameran.



Dari kanan: Fathullah, Fuad Osman, Saiful Razman, Nur Hanim





Mana tahu lepas ini, baju pelukis kita pulak yang tersesat ke bundle Amerika dan Jepun hingga menjadi rebutan ☺

Thursday, August 20, 2009

Laksamana Hang Rori


LAKSAMANA HANG RORI, 2009

Kadang-kadang kita ambil mudah peranan seseorang, sesuatu atau 'sesebinatang'. Sering juga aku merungut bila terpaksa mencuci sepah yang dibuang, bila kena menyusun semula hiasan yang bergelimpang, bila harus menahan pendengaran dari bunyi miawan yang nyaring kelaparan. Tapi malam tadi merubah segalanya. Aku kini percaya 'cat is also a man's best friend'. Maka, dengan daulah yang aku miliki, dengan ini aku tabalkan kucing kami sebagai Laksamana Hang Rori di atas khidmatnya menyelamatkan aku dan anak-anak tengah malam tadi. Alhamdulillah.















Terimakasih juga kepada adik-adik dari Unit Pertahanan Awam Malaysia kerana bersabung nyawa untuk kami

Wednesday, August 12, 2009

SERENDIPITY



Aku menerima undangan pelukis Melissa Lin untuk menjadi 'can-opener' pada 14 Ogos 2009 setelah cadangan aku supaya dia memilih tokoh-tokoh yang lebih berwibawa direjeknya. Apapun aku sangat gembira kerana dapat merayakan pameran solo seorang pelukis yang karya-karyanya cukup aku minat untuk sentuhan pertamaku dalam bidang buka membuka ini.Insyaallah, jika tiada aral, tibalah aku nanti. Tiket ketapi pun dah dibeli siang tadi:)

Jemput meraikan Melissa Lin melalui pameran solo pertamanya bertajuk 'Serendipity'
14 Ogos 2009, jam 8.30 malam
House of MATAHATI (HOM)
6A Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, 68000
Ampang, Malaysia

Pameran ini berlangsung sehingga 29 Ogos 2009.

Info lanjut:
0123736004 (Mimie)
houseofmatahati@gmail.com


Sinopsis pameran:

Lead by serendipity down the rabbit hole, reality is re-imagined.Threading into the domains of lost and ancient lands, and diving through hyperspace to explore hidden dimensions, the arcane and archaic are discovered.
Strange and familiar characters, moody and morbid angels, mercurial tricksters, shape-shifters, goddesses, lemmings and psychonauts weave through Chaos, celebrating anomalies, community and relationships.

This body of work explores the ideas of duality, the dichotomy between illusion and mystery. It is also a tribute to the sacred spaces that exists inside ourselves and in our environments.

Melissa Lin was born in 1982 in the sometimes balmy city of Johor Bahru. She has studied in Singapore, Malaysia and Kuala Lumpur.

Her paintings have been exhibited in Kuala Lumpur, Indonesia, Singapore, Burma and Copenhagen.




Sekitar pembukaan:


























TEKS UCAPAN: Perasmian pameran solo Melissa Lin ‘SERENDIPITY’
oleh Nur Hanim Mohamed Khairuddin
14 Ogos 2009, 8.30 malam, House of MATAHATI


Yang dihormati Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan isteri, yang diraikan Melissa Lin serta para hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merasa sungguh berbesar hati apabila dijemput oleh Melissa Lin untuk merasmikan pameran solo beliau pada malam ini. Ini merupakan sebuah detik yang julung-julung kali buat kami berdua. Pameran solo yang pertama untuk Mel dan yang pertama juga buat saya sebagai seorang pembuka pameran. Gementar kami sama. Resah kami serupa.

Kehadiran Melissa di dalam dunia seni kita telah pun saya sedari lebih kurang tiga tahun yang lalu. Ketika itu, Melissa pernah bersama-sama Rahmat dan Avroco, bersantai-santaian di Ipoh untuk beberapa waktu. Maka, di celah-celah sesi 'jamming' dan 'lepaking' kami, sempatlah saya mencuri peluang mengenali lakaran-lakaran Melissa serta mendalami keghairahannya tentang seni ketika itu.

Melissa pada saya, adalah seorang seniman yang bersifat pluralis, sebuah sifat menarik yang patut hadir di dalam diri mana-mana penggiat seni. Selain melukis, beliau juga merupakan seorang penulis yang bagus serta terlibat di dalam bidang muzik secara mendalam. Siapa sangka, dia juga pernah menjadi vokalis kumpulan grindcore Fallen World tidak berapa lama dahulu. Kini, garau parau lolongannya itu sudah mula menghilang, bersembunyi di bawah lapisan-lapisan warna di atas kanvas.

Kesemua bakat yang wujud di dalam diri Melissa ini menjadikan beliau begitu unik dan adakalanya rumit. Emosinya bercampur baur, bergelora untuk ditumpahkan keluar. Minatnya di dalam subjek-subjek berkaitan astrologi dan teori konspirasi digaulkan sekali menjadi bentuk-bentuk yang aneh dan asing. Figura berwajah pelik disusun dengan hati-hati di dalam landskap fantasmagorianya. Latarnya menyodor cerita tentang sifat serta sika manusia.

Dan pada hari ini, hasil daripada sebuah projek residensi, kita sama-sama berpeluang menyaksikan sekelompok karya yang segar dan mengujakan malah berpotensi untuk menjadi ikonik pada masa akan datang.

Saya juga difahamkan oleh Melissa sendiri, bahawa beliau merasa sangat beruntung dan bersyukur kerana sudah dapat mengembangkan stail serta berupaya memberi nafas baru kepada siri lukisan mutakhirnya. Ini adalah berkat dorongan ahli-ahli MATAHATI khususnya saudara Bayu Utomo, yang telah memberi panduan hampir setiap minggu pada peringkat awal residensi beliau di sini. Mungkin inilah dia ‘serendipity’ yang dimaksudkan. Jumpaan-jumpaan sampingan yang bermakna ketika beliau mabuk dan hanyut dalam sebuah pencarian yang lain.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membaca puisi-puisi karangan Melissa sendiri yang dirasakan mempunyai perkaitan atau ‘connectedness’ dengan siri karya yang dihidangkan pada malam ini:


FOR THE UNDERBELLY OF THE EARTH

In this tangle of resolutions
It is the perfect time to
Sever the cord
That which keeps me hanging upside down

In one of my many lives
Unfolding simultaneously
I look upon glazy nights and
Caress the moments in which I merge
Tumbling down from watery heavens
A sof thud upon wet earth

The earth may part and swallow me
I will go into her darkness gently
Substance returning to essence


BLOOMS OF LIGHTNING

Flowers from the sky he said
Blooms of lightning

Looking out of sequences
Edges fuse together

Pulling out of the waves
Bodies spinning
Under magnetic pull towards each other
Small explosions


Melissa Lin, "Blooms of Lightning", Akrilik atas kanvas, 2009


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim dan dengan berkat serta rahmat dari Allah swt, saya dengan segala sukacita merasmikan pameran solo Melissa Lin bertajuk ‘Serendipity’.

Sekian. Terima kasih.


-Tepuk till fade
:)